Perkhidmatan Kertas Kerja Pinjaman dan Percukaian

Monday, July 6, 2009

Pengenalan Pemasaran

Mengikut rujukan Kamus Terbitan DBP Tesaurus Bahasa Melayu Dewan edisi 1998,PEMASARAN ditakrifkan sebagai penjualan, perdagangan, penajakan, penggadaian, penawaran, pembekalan, eksport.

Manakala dalam Kamus Dewan Edisi Empat,PEMASARAN ditakrifkan sebagai perbuatan atau hal memasarkan (sesuatu).

PEMASARAN ialah fungsi sosial dan pentadbiran yang bertujuan untuk mencipta, mengembangkan dan mengekalkan pelanggan dalam suatu aktiviti ekonomi atau pertukaran barang dan perkhidmatan. Pemasaran menyasarkan untuk mengenali dan memenuhi kehendak pengguna di dalam mengekalkan keuntungan aktiviti yang dijalankan. Pemasaran berupa produk dan perkhidmatan pada hari ini boleh dijalankan dengan berbagai cara.